TERBAHARU
〰️
TERBAHARU 〰️
Terlena di Teluk Bibir
Terlena di Teluk Bibir merupakan kumpulan cerpen yang menghimpunkan dua belas buah cerpen tentang perkara-perkara yang sukar diucapkan. Dalam cerita-cerita ini, dikongsi satu perjuangan yang jelas: belajar untuk meredakan dan meredai. Hingga bibir sering memilih untuk tersenyum sahaja, seolah-olah segalanya baik-baik belaka. Namun dalam senyuman yang terdiam itu, tersimpan bibit-bibit kekuatan. Di situlah manusia menemukan kudrat untuk terus melangkah, walaupun kehidupan tidak sentiasa memberikan jawapan yang diharapkan.
Kehilangan, kekeluargaan dan pencarian makna hidup.
Tema-tema sebegini menyatukan 12 cerpen dalam buku koleksi cerpen sulung penulis Generasi Z, Fadhli Fadzil.