Kulihat Layu dalam Melayu

Adakah bunga bahasa Melayu akan terus me-layu? Atau ia akan mekar semula, menampilkan citra yang segar di tanah air ini? Daripada suara belia, Kulihat Layu dalam Melayu menggambarkan perspektif belia terhadap bahasa Melayu yang semakin layu di Singapura.

Reviu / Reviews

★★★★★

Naskhah zine yang membawa pembaca kepada kebimbangan sang pengarang tentang perubahan landskap bahasa Melayu di Singapura. Resah yang dipamerkan diterjemah dalam bentuk komedi, satira, seni lisan dan gambar.

Sebagai saudara dari seberang tambak, saya tidak dapat nafikan. Saya turut merasa bahang kemarau yang mengeringkan taman bunga Melayu di kota Singa. Cuma yang dapat mententeramkan saya ialah ejen penyebaran benih awan masih lagi aktif disemai.
_____________________
Jujur dari pandangan peribadi saya, kadang Bahasa Melayu sahajalah sebagai pertahanan terakhir. Jika kita tidak mengenali bahasanya mana mungkin kita boleh menakluki jiwanya.

"𝙔𝙖𝙣𝙜 𝙥𝙖𝙨𝙩𝙞, 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙢𝙖𝙝𝙪 𝙙𝙞𝙧𝙞 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙜𝙚𝙣𝙚𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙩𝙖𝙣𝙜 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙙𝙞𝙠𝙚𝙣𝙖𝙡𝙞 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙜𝙖𝙞 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙈𝙚𝙡𝙖𝙮𝙪 𝙝𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙣𝙖𝙢𝙖."

Buat yang mahu melenturkan lidah Melayu, cadangan dari saya mulakan dengan bacaan sastera bahasa Melayu. Seperti saya sendiri, mengenali bacaan sastera membuka semula kecintaan sejarah, budaya dan identiti.
_____________________
Saya cukup bertuah dihadiahkan zine ini sebagai tanda persahabatan. 35 halaman yang buat saya jatuh cinta berkali-kali! Gema sora dibawa oleh Fadhli Fadzli (@fadh.fadzil) amat menjentik perasaan.

Layu takkan pupus. Layu itu musibah sementara. Layu akan kembali mekar.

— Iza B. Aziz

★★★★★

Zine dari Singapura. Isinya menarik, buatannya cantik. Hampir seluruh muka surat berwarna. Teks dan ilustrasi juga menawan.

TIL, hanya 60.1% keluarga Melayu di Singapura menggunakan bahasa Melayu di rumah pada tahun 2020 berbanding 92% pada tahun 2000.

Usaha memberi kesedaran tentang penggunaan bahasa yang sangat baik daripada penulis.

— Fara

★★★★

Zine ini memuatkan segugus pemikiran anak muda (penulis dan generasinya) yang melihat "Melayu" daripada pelbagai perspektif. Saya suka Zine ini kerana ia mengambil topik yang jarang diperkatakan generasi muda.

Zine yang bercakap tentang BAHASA MELAYU dan hal-hal yang berkaitan. Tulisan pelbagai genre (esei, puisi, komik, petikan kata-kata, temubual, sinisme, dll ) dan berwarna-warni dengan ilustrasi yang menarik yang termuat dalam zine ini memberikan perspektif generasi muda di Singapura yang melihat bahasa dan bangsanya yang semakin Melayu di sana. Apakah puncanya? Bagaimanakah cara mahu menyelamatkannya?

— Zalila Isa
Previous
Previous

Di Sebalik Jendela

Next
Next

Terlena di Teluk Bibir